My Chatbox

Wednesday 18 February 2009

buat sahabat-sahabatku yang jauh dimata, dekat di hati

assalamualikum,post ini khususnya utk sahabat-sahabat yang berada di sana.


Wahai sahabat-sahabatku, sebelum aku pergi meninggalkan sekolah ini;
Aku ingin memohon maaf daripada kalian;
Atas kesalahan-kesalahan & kesilapan-kesilapan yang aku telah buat;
Sama ada sengaja atau tidak disengajakan;
Aku pergi kerana ada sebab-sebab tertentu;
Aku berasa sedih meninggalkan tempat ini;
Meninggalkan sahabat-sahabat sejatiku;
Sebelum aku tinggalkan kamu sekalian;
Aku nak kumpulkan memori-memori terindah di sini;
Sebagai kenangan kita bersama;
Jika tidak, aku berasa rugi.



Selepas kalian tahu;
Bahawa aku akan meninggalkan kalian;
Kalian berasa sedih;
Ada yang sedih dalam jiwa sahabat;
Ada yang tidak mahu aku meninggalkan kalian;
Tapi dalam hatiku;
Aku ingin bersama mereka;
Belajar bersama-bersama;
Kalau belajar bersama-sama;
Aku mampu menolong kalian;
Mendapat kejayaan bersama-sama.

Setelah aku meninggalkan kalian;
Dalam hatiku;
Masih sedih ketika itu;
Terfikir pulakku;
Hendak contact kamu;
Tapi segelintir daripada sekalian;
Yang aku dapat hubungi.

Hidupku perlu diteruskan;
Untuk mencapai kejayaan;
Yangku impikan;
Chemist la ape la;
Yang penting aku belajar;
Tiba-tiba satu masa aku teringatkan sahabat-sahabatku di sana;
Pada waktu yang sama;
aku teringatkan memori-memori yang masih melekat di ingatanku;
eh, apa lah aku nie;
belajar!!belajar!!;
ada masanya aku ingatkan sahabatku;
ade masanya aku tumpukan pelajaranku;
tambahan pula, aku kini dalam proses repairing diriku;
kerana aku sedar apa kekuranganku;
kesilapanku;
pada masa yang sama;
aku diuji macam2 dugaan;
sampaikan aku tidak mempunyai daya yang kuat;
untuk membaiki diriku ini;
di sini aku terpengaruh dengan sahabat aku disini;
sahabatku ini mempunyai sifat2 yang aku kagumi;
yang patut aku ikutkan;
sahabat-sahabat aku itu;
menjadi contoh kepada orang lain;
lantas, aku pun nak ikutinya.

Oleh itu,aku harapkan sahabat-sahabatku disana menjadi lebih baik lagi;
Sama-sama lah kita menjadi lebih baik;
Sesudahnya keluar daripada sekolah menengah;
Aku akan hadapi macam dugaan lagi nanti;
Tapi, aku terfikir;
Aku nak berjumpa lagi dengan kalian semua;
Buat reunion ker;
Makan-makan ker;
Itulah;
Kalau kita ingatkan sahabat kita;
Maka:sahabat kita juga akan ingatkan kita;
Tapi masa kita diteruskan;
Kita tidak boleh ingat selalu;
Sampaikan kerja-kerja kita tidak diselesaikan;

itu sahaja aku nak katakan di sini;
aku harap kita berjumpa lagi di masa akan datang.

















Itu sahaja sy nak tulis, klau ade salah dr struktur ayat di atas,harap dimaafkan, sy buat ni ikut ape yg sy luahkan,itu shj....assalamualaikum



0 comment(s):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016