My Chatbox

Saturday 11 January 2014

SHARE: Kemusykilan Ninetology Pearl Mini



Bismillahirrahmaanirrahiim....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera, pembaca blog sekalian =)

Hari ni sy nak kongsi dengan korang sekalian tentang soalan/kemusykilan yang saya tanya berkenaan masalah telefon pintar(smartphone) Ninetology Pearl Mini yg sy hadapi sejak 2 bulan lepas. Sampai sekarang belum selesai sepenuhnya walaupun commenters dah balas/reply,comment(mcm dlm 2 gambar screen shot di atas ni) sebab sy tengah survey application yg commenters tu recommend kat sy.

Utk pengetahuan korang, saya tujukan masalah ni dalam page group Facebook Ninetology User MALAYSIA. Kalau korang ada apa2 masalah,kemusykilan pasal smartphone Ninetology korang, ajukan kat page group tu..k =)

Sy sahaja share, maybe korang yg guna sama model macam saya ada hadapi masalah sama. Kalau korang ada other informations yang boleh tolong saya, boleh la komen kat bawah ni. Kalau nak tanya saya pasal telefon ni, saya bukanya pakar/expert selok belok pasal smartphone pun..hehehe :p :)

Okay, tu je..

Sekian, Assalamualaikum wbt =)

Luahan Muslimah: Bertudung tapi tak Tutup Aurat dengan Sempurna

Screenshoot status luahan Muslimah di FB....

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, pembaca2 blog sekalian.. =)

            Hari ni saya nak tulis berkenaan isu wanita muslim yg bertudung tetapi tak penuhi syarat menutup aurat dgn sempurna. Tujuan saya tulis ni adalah utk terangkan mengapa,bagaimana boleh terjadinya wanita muslim bertudung tetapi tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna. Harap dibukakan hati ketika membacanya. =)

            Berdasarkan gambar screen shot di atas ni menunjukan seorang muslimah di Facebook meluahkan katanya bahawa dia lihat wanita bertudung tetapi menampakkan bentuk dada yg merupakan salah satu daripada aurat-aurat wanita.

            Berdasarkan komen yg sy telah post dlm status Muslimah ni(dlm gambar di atas ni), ingin sy terangkan di sini lebih detail mengapa dan bagaimana masalah ni terjadi.

            Masalah ini terjadi kerana jenis tudung yang di pakai sesetengah wanita muslim seperti tudung sarung/tudung indon/tudung lycra adalah jenis yang melekap,tidak longgar,melekat, ke atas susuk tubuh wanita, ia akan menyebabkan tudung tu menampakkan aurat dada. Jadi,sebab pertama ni tudung ni tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Tambahan pula, tudung lycra/sarung/indon tidak labuh dari segi kelebarannya maksud saya tidak labuh dari kiri hingga kanan, ia menyebabkan menampakkan susuk tubuh depan dan belakang, dan boleh menampakkan aurat dada tu walaupun tudung tu labuh dari atas sampai bawah paras dada pun. Jadi, sebab kedua ni tudung ni tak penuhi syarat menutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Sebab ketiga tudung lycra/sarung/indon tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna adalah kerana tudung ni nipis, 1 lapis je, ia akan menampakkan aurat dada tu, dan susuk tubuh depan dan belakang wanita. Ingat susuk tubuh belakang kalau nampak pun aurat juga walaupun sikit atau sebahagian je nampak.

            Sebab keempat tudung lycra/sarung/indon tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna adalah sifat kain tudung tu lembut sebab kain tudung tu nipis. Kesannya, menampakkan aurat dada dan susuk tubuh depan dan belakang. Kalau tudung tu kainnya tebal pun sama juga tak penuhi syarat menutup aurat dengan sempurna sebab kalau tebal kain tudung pun menampakkan aurat dada dan susuk tubuh depan dan belakang cuma kurang nampak berbanding yg kainnya lembut. Kurang nampak pun tak sama dengan tak nampak. Jadi, masih tak tutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Jika nak kata,nasihat lelaki utk menjaga pandangan ketika ini pun tidak salah, tapi bila keadaan begini, lihatlah dari puncanya. Bila wanita menutup aurat dengan sempurna, kurang kebarangkalian dan kekerapan lelaki bukan muhrim memandang wanita dgn lain macam berbanding wanita tidak menutup aurat dengan sempurna yang tinggi kebarangkalian dan kekerapan lelaki bukan muhrim utk memandang wanita tersebut. Rasanya dari ayat tadi, pembaca-pembaca sekalian khususnya wanita boleh faham dan menilai sendiri. Bukan saya nak salahkan sepenuhnya pada wanita, lelaki juga pun salah bergantung kepada keadaan macam saya sebut tadi. Kalau lelaki tu lihat banyak kali dgn lain macam kat wanita muslim yang menutup aurat dengan sempurna, lelaki yang lebih bersalah, begitulah keadaan sebaliknya, saya harap pembaca sekalian boleh faham maksud saya apa keadaan sebaliknya.

           Apa yg saya terangkan tadi, mungkin sesetengah wanita muslim tak tahu, tak sedar perkara ni, dan mungkin selama ni sesetengah wanita muslim mengganggap tudung lycra/sarung/indon yg labuh dari atas hingga bawah paras dada sudah cukup tutup aurat dengan penuh sempurna..tidak...bukan itu je, ada syarat dan kriteria lain yg perlu ikut..

Overall, syarat,kriteria muslimah yang menutup aurat dengan sempurna....

ok,,kita lihat balik, apa kriteria,syarat tudung tutup aurat dengan sempurna:-
  1. Labuh dari atas hingga bawah paras dada, lagi labuh lagi bagus sebab kalau buat apa2 kerja Insyallah tutup. makin singkat tudung makin tinggi kebarangkalian utk ternampak aurat dengan tak sengaja cthnya aurat dada dan lain-lain.
  2. Labuh dari segi kelebaran, maksudnya labuh dari kanan ke kiri. Makin kurang lebar, makin nampak susuk tubuh,dada. Makin besar kelebaran tudung, makin terlindung dan tertutup aurat muslimah.
  3. Labuh di belakang(sebab susuk tubuh wanita di belakang..aurat jgk)
  4. Tidak menampakkan susuk tubuh di depan dan belakang
  5. Tidak melekap,melekat ke atas susuk tubuh..
  6. Tudung yang longgar
  7. Tidak jarang yg tidak menampakkan aurat tengkuk/leher, rambut, dan susuk tubuh wanita tu.
  8. Tidak nipis, lagi bagus tudung tu berlapis lebih dari 1 lapisan jadi terlindung dan tertutuplah aurat wanita

then, kita bandingkan tudung kain cotton/tudung bulat(macam budak sekolah agama pakai tu)/tudung 3 segi/tudung akel dengan tudung sarung/indon/lycra, yang mana 2 jenis tudung ni yang memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Saya buat berbandingan begini kerana nak korang lihat, nampak lebih jelas. Mula-mula, katakanlah kedua-dua jenis tudung ni labuh dari atas hingga bawah paras dada,.so sy buat perbandingan sekarang..seperti di bawah ni:-
  1.  Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Lebih labuh dari segi kelebaran| Tudung lycra/sarung/indon: Tidak/kurang labuh dari segi kelebaran(tidak seperti Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel)
  2. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak nipis dan kain tudung berlapis-lapis(lebih dari 1 lapisan kain tudung)| Tudung lycra/sarung/indon: Nipis dan hanya 1 lapisan tudung je dan boleh menampakkan susuk tubuh,dada
  3. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang | Tudung lycra/sarung/indon: Menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang
  4. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Sifat kain tudung yang longgar | Tudung lycra/sarung/indon: Sifat tudung yang tidak longgar ia dibuktikan tudung ni menampakkan susuk tubuh,bentuk dada
  5. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak melekap dan melekat seterusnya tak menampakkan susuk tubuh dan aurat dada| Tudung lycra/sarung/indon: sifat tudung yang melekap dan melekat kemudian menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang

Dari sini kita boleh nampak dengan jelas, jenis tudung mana yang memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Jika belum nampak dengan jelas lagi, sila cuba uji sendiri di depan cermin di dalam bilik khusunya pembaca-pembaca muslimah yang dirahmati Allah swt, korang akan nampak lebih jelas dan boleh menilai jenis tudung yang mana memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Kita menutup aurat ni perlu menutup aurat sepenuhnya bukan sedikit.

Sebelum sy akhiri, mengapa setiap muslimah perlu menutup aurat dengan sempurna:
  • menjaga maruah dan kehormatan muslimah
  • menjaga pandangan lelaki ajnabi,bukan muhrim dari melihat aurat muslimah
  • mengelakkan dari dosa seperti zina mata(disebabkan aurat terdedah dari pandangan) dll

Akhir sekali, saya harap pos ni bermenfaat buat pembaca2 khususnya muslimah dan juga muslimin2 supaya boleh membimbing isteri,anak perempuan dan lain-lain utk menutup aurat dgn sempurna. Saya minta maaf kpd pembaca-pembaca khususnya para muslimah, kalau sy tulis post ni membuatkan sesetengah muslimah terasa atau sensetif sbb ini soal aurat wanita yg menjadi isu skrg. Sudah ada sesetengah orang telah membincangkan permasalahan tudung ni di laman internet mahupun secara perbualan langsung. Bukan saya utk menyalahkan sepenuhnya kaum wanita dlm isu ni. Saya harap pembaca2 baik sangka. =) =) =)

Sekian, Assalamualaikum wbt =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016