My Chatbox

Friday 1 May 2009

Meluruskan & Merapatkan Saf Solat

A'uzubillahiminasyaitonirajim....

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum wbt saya ucapkan kepada para sahabat saya & pelawat yg datang ke blog saya....

hari ni saya akan menulis tentang merapatkan saf solat..

hmmm kalau nak cakap tentang merapatkan saf ni....bagi saya, pendapat saya, ramai jemaah-jemaah di masjid, surau kurang peka terhadap perkara ini sebelum solat,iaitu merapatkan saf. Mungkin kita kurang peka dengan perkara ini atau tidak tahu.

Merapatkan saf penting dlm solat. merapatkan saf ini adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat selepas kekusyukkan solat & lain2. Macam mana nak merapatkan saf? mengenakan kedua-dua kaki dengan kaki disebelah kita sebelum solat, meluruskan saf dengan memastikan bahagian kaki kita kena pada garisan saf.(lihat gambar)


Dari Bara' bin azib ia berkat: Adalah Rasulullah SAW mendatangi salah satu sudut saf & baginda meluruskan antara bahu & dada orang-orang yg berbaris seraya Baginda bersabda: "Jangan kamu berselerakkan kelak hatimu akan berselerak" "dan Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah & malaikat-Nya mendoakan orang-orang yg menempati saf yg pertama."

(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Dan Abu Dawud meriwayatkan: "Dan tiada langkah yg paling dicintai Allah drpd seseorang yg melangkah kakinya untuk mencapai saf yg pertama."


Baris ketiga dan keempat hadis yang dinyatakan diatas mengatakan bahawa nabi Muhd SAW berkata kalau tidak meluruskan & merapatkan saf, hati kita akan berselerak. saya rasa meluruskan & merapatkan saf ini menunjukkan hati kita. Ok..saya nak cerita sikit, sebelum solat, saya merapatkan saf & hati saya merasai sesuatu. Kadang-kadang saya lihat saf-saf jemaah lain yg tidak tetap saya rasa gelisah dalam hati saya. Sama jugak seperti kita tidak mengemas buku-buku di rak buku, ia jugak menggambarkan bagaimana hati kita, Betul tak?

Hah....sekejap cuba baca yang satu di atas ni....hadis ni kata langkah yg dicintai Allah apabila kita berada di saf pertama.Hah baharu saya ingat kembali. Saf pertama ini banyak kebaikan kita dapat daripada saf-saf selepas tu. yang saya tahu kelebihannya dapat pahala dan lain-lain lagi, sebelum ni saya tahu, sekarang dah lupa, minta maaf atas kekurangan ilmu saya....tanya Ustaz untuk ketahui lbih lanjut. Oleh itu, kita berusaha untuk berebut saf yang pertama, kerana saf yang pertama itu saf yang dicintai oleh Allah SWT.

Meluruskan Saf bukan sahaja tujuan kesempurnaan solat malah ada orang berkata meluruskan saf ini untuk mengelakkan daripada makhluk laknatullah melalui celah-celah saf.Betul..Kamu sekalian tahu tak makhluk laknatullah itu sapa makhluk yang tidak sujud kepada Nabi Adam as pd ketika dulu.Kamu mesti faham kan?

Apa Yang kita dapat kalau kita selalu meluruskan & merapatkan saf sebelum solat dilakukan. Allah akan mengangkat darjat seseorang itu & diampuni dosa-dosanya.


Dari Aisyah, dari Rasulullah SAW, sabdanya: "Sesungguhnya Allah & para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yg merapatkan barisan-barisan dalam solat"

(Hadis Riwayat Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban & Hakim)

Ibnu Majah menambahkan: Barangsiapa yg menutupi celah dalam solat berjemaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat.

(Hadis Riwayat Thabrani di dalam Al-Ausath dngn tambahan: Dan bagi orang itu akan dibangunkan rumah di dalam syurga . Dan diriwayatkan oleh Ashbahani dngn tambahan seperti itu dari Hadith Abi Hurairah. Dan diriwayat kan oleh Al-Bazaar dari Hadith Abi Juhaifah dngn lafaz: Barangsiapa yg memenuhi celah dlm saf, maka diampuni dosanya, sanadnya Hasan.)


satu hadis lagi, hadis riwayat Hakim & ia disahkan menurut surah Muslim....

Dari Mu'az bin Jabal, dari Nabi SAW sabdanya: "Ada dua langkah, yg satu lebih dicintai oleh Allah, & yg lainnya lebih dimurkai oleh Allah. Adapun yang dicintai oleh Allah ialah seseorang yang melihat celah di dalam saf, lalu ia maju untuk memenuhinya, adapun yang dibenci oleh Allah ialah apabila seseorang yang hendak berdiri lalu menjulurkan kaki kananya & meletakkan tanganya di atasnya, lalu dia bertekan pada bahagian kiri, kemudian berdiri".

(hadis Riwayat Hakim & ia disahkan menurut surah Muslim)


Daripada Hadis ini, kita faham bahawa merapatkan & memenuhi saf yang kosong adalah disukai Allah.Jadi kalau ada kekosongan di hadapan saf kita apa lagi, kita penuhilah saf tersebut. tak kan nak biarkan saf itu kosong sahaja.

Dan Satu Hadis lagi, riwayat Abu Dawud & Ibnu Majah dengan sanad Hasan bermaksud:-


Dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah & para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang ada di bahagian kanan saf".

(Hadis Riwayat Abu Dawud & Ibnu Majah dengan sanad Hasan)

Daripada Hadis di atas mengatakan Allah & para malaikat-Nya akan doakan orang yang masuk ke bahagian kanan saf...
.Kita faham bahawa kita hendaklah memenuhi bahagian saf yang kanan sebelum solat. Fikir-fikirkanlah....

Itu sahaja saya nak tulis dalam pos ni, saya harap sedikit banyak kita dapat kebaikan daripada pos ni & diamalkan....

Yang baik itu datangnya dari Allah, & tidak baik daripada saya sendiri....

Assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016