My Chatbox

Wednesday, 11 March 2015

Mid-Semester 2 Year 4 Break

Assalamualaikum wbt n Salam Sejahtera..semua.... =) =D


Dah sekian lama x update blog ni..setahun lebih da since last post..maaf la lama x update post blog disebabkan sy busy giler study, bnyk keje assignment, group works kne bt

Kali nie, sy free lagi utk update post blog sy sbb sy skrg dah cuti mid sem 2 year 4, kiranya last semester of final or 4th year la..

Sy sini nak share crite apa yg sy akan buat masa cuti mid-semester ni..

Cuti ni start lps sy tempuhi mid-semester exam, final research project presentation..apa yg sy buat masa cuti, firstly, sy ambik masa nk relaks n rehat dr hari jumaat (6/3/15) smpai hari ni (11/3/15) slama 5 hari lebih. Masa sy relaks n rehat tu la sy tngok tv, tngok 2 crite seram, 'Bangunan' dan 'Puaka Balai Gombak' by online. Plus, sy kluar hangout lepak2 makan2 piza dgn kwn lama matriks sy kat IOI City Mall, Putrajaya. At same time tu, masa cuti tu la perlu baiki improve ap yg kurang pd diri sy..ia lebih kepada tanggungjawap diri utk masa depan..kira preparation nk kawin la ni..wuahaha..gurau je..hikhikhik =p =)..

ok la, lps masa rileks n rehat tu, start la bt preparations study sblm penggal kedua semester 2 year 4 bermula..apa yg sy buat adalah, check nota2 apa yg x da dlm laptop. klu x da..cari kat e-mel atau google group batch sy, cari nota yg nak tu n download n print out..then update la nota2 dr smua subjek2 tu..Besides that, sy buat la reminder apa yg nak buat akan dtg.

Then, sy plan nak study subjek2 especially yg x masuk masa exam mid sem haritu and jg yg probably or maybe akan kluar quiz2 minggu dpn..sy perlu study awal2 sbb lps ni sngt2 busy dgn clinical weeks, lagi la stress..n x cukup masa nk study utk final exam last semester..sy perlu serius sbb this was my last semester n x ada lagi semester lps ni because i will be completing my study in degree in pharmacy..n i need more efforts to improve my pointer n cgpa..sy x kisah org kata apa..sbb this is my future.. :)

Lastly, I need to prepare for Viva Research Project on friday, 27 March 2015..Please pray for me ok..Sy harap dapat markah yg sngt memuaskan utk subjek Research Project 1 & 2..~Ameenn =)..

ok that all my story..stay tune for upcoming posts..tunggu ea ;) :)

assalamualaikum wbt =) =D


Saturday, 11 January 2014

SHARE: Kemusykilan Ninetology Pearl Mini



Bismillahirrahmaanirrahiim....

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera, pembaca blog sekalian =)

Hari ni sy nak kongsi dengan korang sekalian tentang soalan/kemusykilan yang saya tanya berkenaan masalah telefon pintar(smartphone) Ninetology Pearl Mini yg sy hadapi sejak 2 bulan lepas. Sampai sekarang belum selesai sepenuhnya walaupun commenters dah balas/reply,comment(mcm dlm 2 gambar screen shot di atas ni) sebab sy tengah survey application yg commenters tu recommend kat sy.

Utk pengetahuan korang, saya tujukan masalah ni dalam page group Facebook Ninetology User MALAYSIA. Kalau korang ada apa2 masalah,kemusykilan pasal smartphone Ninetology korang, ajukan kat page group tu..k =)

Sy sahaja share, maybe korang yg guna sama model macam saya ada hadapi masalah sama. Kalau korang ada other informations yang boleh tolong saya, boleh la komen kat bawah ni. Kalau nak tanya saya pasal telefon ni, saya bukanya pakar/expert selok belok pasal smartphone pun..hehehe :p :)

Okay, tu je..

Sekian, Assalamualaikum wbt =)

Luahan Muslimah: Bertudung tapi tak Tutup Aurat dengan Sempurna

Screenshoot status luahan Muslimah di FB....

Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, pembaca2 blog sekalian.. =)

            Hari ni saya nak tulis berkenaan isu wanita muslim yg bertudung tetapi tak penuhi syarat menutup aurat dgn sempurna. Tujuan saya tulis ni adalah utk terangkan mengapa,bagaimana boleh terjadinya wanita muslim bertudung tetapi tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna. Harap dibukakan hati ketika membacanya. =)

            Berdasarkan gambar screen shot di atas ni menunjukan seorang muslimah di Facebook meluahkan katanya bahawa dia lihat wanita bertudung tetapi menampakkan bentuk dada yg merupakan salah satu daripada aurat-aurat wanita.

            Berdasarkan komen yg sy telah post dlm status Muslimah ni(dlm gambar di atas ni), ingin sy terangkan di sini lebih detail mengapa dan bagaimana masalah ni terjadi.

            Masalah ini terjadi kerana jenis tudung yang di pakai sesetengah wanita muslim seperti tudung sarung/tudung indon/tudung lycra adalah jenis yang melekap,tidak longgar,melekat, ke atas susuk tubuh wanita, ia akan menyebabkan tudung tu menampakkan aurat dada. Jadi,sebab pertama ni tudung ni tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Tambahan pula, tudung lycra/sarung/indon tidak labuh dari segi kelebarannya maksud saya tidak labuh dari kiri hingga kanan, ia menyebabkan menampakkan susuk tubuh depan dan belakang, dan boleh menampakkan aurat dada tu walaupun tudung tu labuh dari atas sampai bawah paras dada pun. Jadi, sebab kedua ni tudung ni tak penuhi syarat menutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Sebab ketiga tudung lycra/sarung/indon tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna adalah kerana tudung ni nipis, 1 lapis je, ia akan menampakkan aurat dada tu, dan susuk tubuh depan dan belakang wanita. Ingat susuk tubuh belakang kalau nampak pun aurat juga walaupun sikit atau sebahagian je nampak.

            Sebab keempat tudung lycra/sarung/indon tak penuhi syarat tutup aurat dgn sempurna adalah sifat kain tudung tu lembut sebab kain tudung tu nipis. Kesannya, menampakkan aurat dada dan susuk tubuh depan dan belakang. Kalau tudung tu kainnya tebal pun sama juga tak penuhi syarat menutup aurat dengan sempurna sebab kalau tebal kain tudung pun menampakkan aurat dada dan susuk tubuh depan dan belakang cuma kurang nampak berbanding yg kainnya lembut. Kurang nampak pun tak sama dengan tak nampak. Jadi, masih tak tutup aurat dgn sempurna. As a result, ia menarik pandangan lelaki bukan muhrim memandang aurat tersebut dan menyebabkan dosa zina mata.

            Jika nak kata,nasihat lelaki utk menjaga pandangan ketika ini pun tidak salah, tapi bila keadaan begini, lihatlah dari puncanya. Bila wanita menutup aurat dengan sempurna, kurang kebarangkalian dan kekerapan lelaki bukan muhrim memandang wanita dgn lain macam berbanding wanita tidak menutup aurat dengan sempurna yang tinggi kebarangkalian dan kekerapan lelaki bukan muhrim utk memandang wanita tersebut. Rasanya dari ayat tadi, pembaca-pembaca sekalian khususnya wanita boleh faham dan menilai sendiri. Bukan saya nak salahkan sepenuhnya pada wanita, lelaki juga pun salah bergantung kepada keadaan macam saya sebut tadi. Kalau lelaki tu lihat banyak kali dgn lain macam kat wanita muslim yang menutup aurat dengan sempurna, lelaki yang lebih bersalah, begitulah keadaan sebaliknya, saya harap pembaca sekalian boleh faham maksud saya apa keadaan sebaliknya.

           Apa yg saya terangkan tadi, mungkin sesetengah wanita muslim tak tahu, tak sedar perkara ni, dan mungkin selama ni sesetengah wanita muslim mengganggap tudung lycra/sarung/indon yg labuh dari atas hingga bawah paras dada sudah cukup tutup aurat dengan penuh sempurna..tidak...bukan itu je, ada syarat dan kriteria lain yg perlu ikut..

Overall, syarat,kriteria muslimah yang menutup aurat dengan sempurna....

ok,,kita lihat balik, apa kriteria,syarat tudung tutup aurat dengan sempurna:-
  1. Labuh dari atas hingga bawah paras dada, lagi labuh lagi bagus sebab kalau buat apa2 kerja Insyallah tutup. makin singkat tudung makin tinggi kebarangkalian utk ternampak aurat dengan tak sengaja cthnya aurat dada dan lain-lain.
  2. Labuh dari segi kelebaran, maksudnya labuh dari kanan ke kiri. Makin kurang lebar, makin nampak susuk tubuh,dada. Makin besar kelebaran tudung, makin terlindung dan tertutup aurat muslimah.
  3. Labuh di belakang(sebab susuk tubuh wanita di belakang..aurat jgk)
  4. Tidak menampakkan susuk tubuh di depan dan belakang
  5. Tidak melekap,melekat ke atas susuk tubuh..
  6. Tudung yang longgar
  7. Tidak jarang yg tidak menampakkan aurat tengkuk/leher, rambut, dan susuk tubuh wanita tu.
  8. Tidak nipis, lagi bagus tudung tu berlapis lebih dari 1 lapisan jadi terlindung dan tertutuplah aurat wanita

then, kita bandingkan tudung kain cotton/tudung bulat(macam budak sekolah agama pakai tu)/tudung 3 segi/tudung akel dengan tudung sarung/indon/lycra, yang mana 2 jenis tudung ni yang memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Saya buat berbandingan begini kerana nak korang lihat, nampak lebih jelas. Mula-mula, katakanlah kedua-dua jenis tudung ni labuh dari atas hingga bawah paras dada,.so sy buat perbandingan sekarang..seperti di bawah ni:-
  1.  Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Lebih labuh dari segi kelebaran| Tudung lycra/sarung/indon: Tidak/kurang labuh dari segi kelebaran(tidak seperti Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel)
  2. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak nipis dan kain tudung berlapis-lapis(lebih dari 1 lapisan kain tudung)| Tudung lycra/sarung/indon: Nipis dan hanya 1 lapisan tudung je dan boleh menampakkan susuk tubuh,dada
  3. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang | Tudung lycra/sarung/indon: Menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang
  4. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Sifat kain tudung yang longgar | Tudung lycra/sarung/indon: Sifat tudung yang tidak longgar ia dibuktikan tudung ni menampakkan susuk tubuh,bentuk dada
  5. Tudung kain cotton/tudung bulat/tudung 3 segi/tudung akel: Tidak melekap dan melekat seterusnya tak menampakkan susuk tubuh dan aurat dada| Tudung lycra/sarung/indon: sifat tudung yang melekap dan melekat kemudian menampakkan susuk tubuh depan dan di belakang

Dari sini kita boleh nampak dengan jelas, jenis tudung mana yang memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Jika belum nampak dengan jelas lagi, sila cuba uji sendiri di depan cermin di dalam bilik khusunya pembaca-pembaca muslimah yang dirahmati Allah swt, korang akan nampak lebih jelas dan boleh menilai jenis tudung yang mana memenuhi syarat,kriteria menutup aurat dengan sempurna. Kita menutup aurat ni perlu menutup aurat sepenuhnya bukan sedikit.

Sebelum sy akhiri, mengapa setiap muslimah perlu menutup aurat dengan sempurna:
  • menjaga maruah dan kehormatan muslimah
  • menjaga pandangan lelaki ajnabi,bukan muhrim dari melihat aurat muslimah
  • mengelakkan dari dosa seperti zina mata(disebabkan aurat terdedah dari pandangan) dll

Akhir sekali, saya harap pos ni bermenfaat buat pembaca2 khususnya muslimah dan juga muslimin2 supaya boleh membimbing isteri,anak perempuan dan lain-lain utk menutup aurat dgn sempurna. Saya minta maaf kpd pembaca-pembaca khususnya para muslimah, kalau sy tulis post ni membuatkan sesetengah muslimah terasa atau sensetif sbb ini soal aurat wanita yg menjadi isu skrg. Sudah ada sesetengah orang telah membincangkan permasalahan tudung ni di laman internet mahupun secara perbualan langsung. Bukan saya utk menyalahkan sepenuhnya kaum wanita dlm isu ni. Saya harap pembaca2 baik sangka. =) =) =)

Sekian, Assalamualaikum wbt =)

Tuesday, 9 July 2013

Within 60 Seconds in Online

            Dalam masa 60 saat....Tanpa kita sedar, pelbagai perkara boleh berlaku dalam masa 60 saat di talian@online internet..







  1. Lebih 60 blog baru dan lebih 1500 blog post di Blogspot
  2. Lebih 320 akaun baru dan lebih 98000 tweet terbaru di Twitter
  3. Lebih 695000 status Facebook dikemaskini, 79364 pos ke dinding@wall rakan dan 510040 komen dihantar
  4. 168 juta emel dihantar
  5. 694445 carian di Google
  6. Lebih 1700 muat turun enjin carian Firefox
  7. Lebih 50 Wordpress dan 125 plugins dimuat turun@download
  8. Lebih 6600 foto dimuat naik@upload ke Flickr
  9. 1 artikel diterbitkan di Yahoo!
  10. Lebih 100 akaun bari di Linkedin
  11. Lebih 370000 minit panggilan video dibuat di Skype
  12. Lebih  12000 iklan baru disiarkan di Craigslist
  13. Lebih 13000 jam muzik didengarkan secara aliran@streaming di Pandora
  14. Lebih 1600 orang membaca dokumen digital di Scribd
  15. Satu definisi baru ditambah di Urban Dictionary
  16. Lebih 20000 pos baru di Tumblr
  17. Lebih 13000 aplikasi iPhone dimuat turun
  18. Lebih 100 soalan ditanya di Answer.com dan lebih 40 soalan ditanya di Yahoo! Answer
  19. Lebih 600 video baru dimuat naik di YouTube dan lebih 25 jam jumlah durasinya
  20. Lebih 70 domain didaftarkan di World Wide Web(www)

Rujukan: Majalah PC, #199, Isu Julai 2013

Monday, 8 July 2013

Kerja di masa Cuti Semesterku =D

Assalamualaikum wbt,semua..=D

            Bagi budak-budak universiti or kolej yg tengah cuti tu, cuti semester ke ape2lah, mcm mana cuti korang?Korang plan nak buat apa cuti tu?

Harap2 gunalah masa cuti dgn sebaik-baiknya, isilah masa dgn masa yg berfaedah la ye..=D

            ok..skrg aq nak tulis pasai kerja aq ambil utk isi baki masa cuti semester sebelum masuk tahun pengajian seterusnya, Tahun ke-3(3rd Year Study). Sebelum ni aq terlibat dgn practical attachment di kedai pharmacy aka retail/community pharmacy) di Bangi.

Kerja apa ye aq ambil ni..jeng3x..hehe..=P


Tempat customer beli makanan,minuman

            Kerja aq sebagai shopkeeper+cashier je..(2-in-1 punya kerja)..di kedai stesen komuter salah satu stesen..

            Tahun-tahun lepas, aq pernah kerja di sini 2 kali(tahun 2011 dan 2012),so tiada masalah la nak handle kedai ni....berpengalamanlah kate kan..=P




            2 hari lepas(saturday,6/7/13) aq start kerja kali pertama utk tahun ni di sini, bnyk perubahan kedai berbanding sebelum ni.

             Beberapa tasks yg aq kene buat utk handling kedai tu seperti pembersihan barang jualan(sebab barang tu dah lama kat situ, so lama2 berhabuk sikit), buat air bancuhan berperisa,layan customer,pngurusan lain dan sebagainya..

             Sepanjang masa kerja tu, berbagai jenis karenah customer datang kedai tu..ada yang mesra,senyum ada juga yg kurang mesra(jarang berlaku begini)

            So, apa-apa pun kene lah layan customer elok-elok taw,walau macam mana pun dye treat kite baik atau x baik ke. Kene pandai2lah hadapi handle semua tue..Yang paling penting,,customer puas hati, tak mengadu ke ape etc..=D

            Aq keje sini x tetap shiftnya sebab ada sowang dua owg jaga kedai ni, one of them is kawan sekolah menangah lama aq..so kitorang berpakat pukul berapa nak kerja..dan sekian2..


smart sudut gambar ni diambil..hehe =P

ok..itu sahaja,my writing dlm pos ni..=D

Friday, 6 May 2011

bertemu kembali..

assalamualaikum semua,insyallah blog ni akan dihidupkan lg dngn pos2 yg akan sy pos kan disini, insyallah....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016