My Chatbox

Friday 27 February 2009

World Maths Day 2009/Hari Matematik Sedunia 2009

ini adalah logo 'World Maths Day '09'

Assalamualaikum wbt kepada kawan2ku, dan para pelawat...

Ha korang tau tak Hari Matematik Sedunia??tak tau!!aku pun tak tau hahaha,akue gurau jer!!aku minta maaf tau.. Ok nanti akue beritahu nanti..

Sebenarnya, sebelum ini akue betul-betul tak tau tentang Hari Matematik Sedunia..baharu semalam aku tau..macam mana akue tau??nanti akue ceritakan..



Mula-mula begini,semalam (hari khamis=26 Februari=1 Rabiulawal 1430H) sebelum balik dari sekolah, kawan akue ni minta tolong untuk melayari laman web

www.worldmathsday.com “apa2 cuba ulang sekali lagi” kataku kepada kawan aku ni..dia pun ulang balik alamat web yg diberi..aku pun tulis atas kertas putih..dah tulis tu akue balik la....da balik je aku bukak web tu..aku pun klik sana klik sini semata untuk mengetahui info2 tersebut..cara2 menyertai,cara nak daftar, sama ada percuma utk mendaftar atau tidak dll lah.

Dah je baca sana baca sini aku pun cetak lah info2 Hari Matematik Sedunia..tiba2 pencetak aku yang bernama HP tu macam ada masalah..dah..dah la tak penting untuk cerita perkara-perkara ini..hari esoknya aku cetak la...jd pun nak cetak info tu...selepas tu,aku pergi ke sekolah & memberikan bahan yg dicetak tu kepada pengerusiku,Persatuan Sains & Matematik..aku pulak setiausahanya..


Ketika tu,ada perhimpunan..kakiku pun menyentuh lantai dewan tu..& satu masa di mana..pengerusiku naik atas pentas dewan tu..sebab nak beritahu yang kita akan meraikan Hari Matematik Sedunia ’09 tidak lama lagi...dalam ucapannya tu dia cakap yg dia sahaja tahu hari tersebut padahal akue, tengku & n. emirul je tau pasal tu..alamak cakapla afiq,tengku, aiman ban sahaja tau....ala berkira pulakku....mungkin korang juga tau sebelum ni kan..klau korang tau”tau tak ape”

Ok itu cerita....

Ini pulak info2 yang aku baca dalam laman web ‘World Maths Day ’09 ’..





Untuk makluman kepada kawan2 aku,pelawat, sesiapa yg baca post ni dan pelajar Al-Amin & sesiapa lah...


Pada tahun ini, ada satu hari seperti yang aku tulis diatas..diadakan pada 4 Mac ini. Hari ini dirai di seluruh dunia..negara kita, Malaysia akan meraikan hari tersebut pada 3 Mac pukul 7 malam..sebab..hari tu countdown-nye kat New Zealand tepat2 pukul 12 pagi,4 Mac..ha itula sebabnya..


Hari tersebut diadakan untuk menyatukan pelajar2 sekolah,sesiapa sahaja dengan numberik,nombor aritmetik(lebih kurang kot..layarilah laman webnya utk mengetahui lebih jelas tujuan hari itu diadakan)...kerana sesiapa yang menyertainya akan bertanding antara pelajar di seluruh dunia siapa yang menjawap soalan lebih banyak dengan jawapan yang betul.Siapa yg dapat jawap soalan paling bnyk dengan jawapan betul..ada la ganjarannya..


untuk menyertainya memang percuma, kene daftar dahulu.pendaftaran ada 2 katagori.Katagori sekolah dan katagori persendirian..daftar tu pun kene setuju syarat2 penyertaan.

hadiah dia ialah ,pingat,dan satu lagi ape ye x ingatla dalam web tu ada dia nyatakan ada tempatnya untuk pelajan memenanginya....siapa yang bertuah..diala yang dapat..

ha...sesiapa yang dah daftar tu....& untuk makluman semua ....pada waktu ni korg cuma latihan jer practice sebelum prtandingan itu bermula pada 3 Mac ni pukul 7 malam...dan pertandingan tu berlangsung selama 2 hari...bertanding dalam talian la online ...pada masa tu korg tngah bertanding...ok..itu sahaja aku nak beritahu info2 tersebut....


untuk maklumat lanjut mengenai Hari Matematik Sedunia 2009 >> http://www.worldmathsday.com/

pastikan korang ada masa yang banyak ye

ada komen??dipersilakan....kalau tak ada apa2.........assalamualaikum....

Saturday 21 February 2009

cerita tentang aktiviti perjumpaan ke-3 science n mathematics society '09

ok....aku bukak kata aku nie dengan ucpan assalamualaikum kepada kawan2 aku, guests dan sape2 aar yg masuk blog ni....

hari ni, aku nak cerita skite psl aktiviti persatuan sains & matematik pada 20 februari '09 = 24 safar 1430H = Jumaat....

sebelum hari tu,aku dah rancang nak buat ape esok?..pada awal pagi tu,lepas jer letak beg ke kelas,aku ambik fail persatuan dan keluar dari kelas tu..kenapa??sebab aku ada keje nak buat tim tu....tau tak ape aku buat??aku nak jumpa guru penasihat sebab nak meminta sesuatu drpdnya supaya aktiviti persatuan tu berjalan dengan lancar....maaflah sbb saat-saat akhir baru nak selesai kerje ni....spatutnya keje tu da selesai hari sebelum tu....bukan saya yang rancang aktiviti tu...aktiviti yang dirancang itu tak tetap sangat....masa akan datang aku akan rancang aktiviti awal

ok...kita sambung...lepas tu....aku pergi ke bilik dimana bilik tu boleh dimuatkan utk ahli-ahli persatuan....nak bukak lcd projektor lagi, buka laptop lg....pe2 lah....beberape minit kemudian....pengerusi, naib pengerusi,ajk dengan ahli-ahli datang ke bilik tu....

selepas itu, pengerusi aku berucap di depan apa yang kita buat dalam perjumpaan kali ini?aktiviti dalam perjumpaan kali ini ialah menonoton video tentang perang dunia pertama(tak silap aku la sbb aku tengok kotak cd tu sekejap je)....

apabila aktiviti tu sedang dijalankan...aku nak ambik kedatangan ahli-ahli persatuan tu....sambil menonton video perang dunia tu....

beberapa minit sebelum jam 9 pagi....kira-kira 10 minit....video yang dimainkan tu diberhentikan....sebab tak cukup masa....kan?....video perang dunia tu rasa-rasanya panjang masa yang nak dimainkan....

ok..sambung balik....sebelum perjumpaan ditamatkan....pengerusi beritahu kepada naib pengerusi,ajk,setiausaha tuk bincang apa aktiviti yang nak buat pada perjumpaan akan datang?....naib pegerusi cadangkan bawa buku kerja matematik pada perjumpaan akan datang....eh biar betul??utk ape nak selesaikan penyelesaian matematik ke??....betul ke nak buat cam tu??kataku yang keluar dari mulutku...aku pulak cadangkan nak buat pertandingan sudoku....
sporting jg yer.....ok xpe............haah kpd member2 aku kat sini tu, klau korg kata ape2yg lain ari yang lain kat aku bila jer baca perkataan atas....xpe....mnta maaf banyak-banyak yer para memberku......da...da..da la...aku teruskan

lepas jer perbincangan tu, maka tamatlah perjumpaan itu....ok itu cerita aku....tentang aktiviti perjumpaan kali ke-3 persatuan sains & matematik....memang seronok dapat buat kerje....hehehe

Story by;
Secretary Science and Mathematics Society 2009,





ada komen??bagi jer lah....hehehe Assalamualaikum............

Thursday 19 February 2009

hmmm...esok pa nak aku buat yer

ok....aku bukak post ni dengan ucapan Assalamualaikum wbt..kepada semua kawan2, pelawat ker....sape2 aar yang datang blog ni....

esok 20 februari 09 bersamaan 24 Safar 1430H hari jumaat, adalah hari yang gembira buatku..sebab hari tu aku akan menjalankan amanahku sebagai setiausaha persatuan tuuuut....tau..tau jelah di sekolahku...

yangku buat pada hari esok adalah
>>ambik kunci bilik seminar;
>>bawak fail persatuan;
>>ambik kedatangan ahli-ahli persatuan;
>>dan keje2 yang aku kene buat dalam perjumpaan persatuan tu

aku berasa gembira sebab aku & kawan aku yg memegang jawatan pengerusi dan ajk persatuan dapat berkerja bersama-sama antara satu sama yang lain

keje2 lain ygku buat slain atas ialah ambik tinner kat satu pakcik kat sekolah tu tuk papan putih di kelasku,

slps tu aku kene ambik kedatangan member2 kelas aku,

dan lain-lain lah keje aku nak buat esok...........

itu sahaja aku nak cakapkan........

assalamualaikum

Wednesday 18 February 2009

buat sahabat-sahabatku yang jauh dimata, dekat di hati

assalamualikum,post ini khususnya utk sahabat-sahabat yang berada di sana.


Wahai sahabat-sahabatku, sebelum aku pergi meninggalkan sekolah ini;
Aku ingin memohon maaf daripada kalian;
Atas kesalahan-kesalahan & kesilapan-kesilapan yang aku telah buat;
Sama ada sengaja atau tidak disengajakan;
Aku pergi kerana ada sebab-sebab tertentu;
Aku berasa sedih meninggalkan tempat ini;
Meninggalkan sahabat-sahabat sejatiku;
Sebelum aku tinggalkan kamu sekalian;
Aku nak kumpulkan memori-memori terindah di sini;
Sebagai kenangan kita bersama;
Jika tidak, aku berasa rugi.



Selepas kalian tahu;
Bahawa aku akan meninggalkan kalian;
Kalian berasa sedih;
Ada yang sedih dalam jiwa sahabat;
Ada yang tidak mahu aku meninggalkan kalian;
Tapi dalam hatiku;
Aku ingin bersama mereka;
Belajar bersama-bersama;
Kalau belajar bersama-sama;
Aku mampu menolong kalian;
Mendapat kejayaan bersama-sama.

Setelah aku meninggalkan kalian;
Dalam hatiku;
Masih sedih ketika itu;
Terfikir pulakku;
Hendak contact kamu;
Tapi segelintir daripada sekalian;
Yang aku dapat hubungi.

Hidupku perlu diteruskan;
Untuk mencapai kejayaan;
Yangku impikan;
Chemist la ape la;
Yang penting aku belajar;
Tiba-tiba satu masa aku teringatkan sahabat-sahabatku di sana;
Pada waktu yang sama;
aku teringatkan memori-memori yang masih melekat di ingatanku;
eh, apa lah aku nie;
belajar!!belajar!!;
ada masanya aku ingatkan sahabatku;
ade masanya aku tumpukan pelajaranku;
tambahan pula, aku kini dalam proses repairing diriku;
kerana aku sedar apa kekuranganku;
kesilapanku;
pada masa yang sama;
aku diuji macam2 dugaan;
sampaikan aku tidak mempunyai daya yang kuat;
untuk membaiki diriku ini;
di sini aku terpengaruh dengan sahabat aku disini;
sahabatku ini mempunyai sifat2 yang aku kagumi;
yang patut aku ikutkan;
sahabat-sahabat aku itu;
menjadi contoh kepada orang lain;
lantas, aku pun nak ikutinya.

Oleh itu,aku harapkan sahabat-sahabatku disana menjadi lebih baik lagi;
Sama-sama lah kita menjadi lebih baik;
Sesudahnya keluar daripada sekolah menengah;
Aku akan hadapi macam dugaan lagi nanti;
Tapi, aku terfikir;
Aku nak berjumpa lagi dengan kalian semua;
Buat reunion ker;
Makan-makan ker;
Itulah;
Kalau kita ingatkan sahabat kita;
Maka:sahabat kita juga akan ingatkan kita;
Tapi masa kita diteruskan;
Kita tidak boleh ingat selalu;
Sampaikan kerja-kerja kita tidak diselesaikan;

itu sahaja aku nak katakan di sini;
aku harap kita berjumpa lagi di masa akan datang.

















Itu sahaja sy nak tulis, klau ade salah dr struktur ayat di atas,harap dimaafkan, sy buat ni ikut ape yg sy luahkan,itu shj....assalamualaikum



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016