My Chatbox

Saturday 30 August 2008

fadhilat2 bulan Ramadhan

Aslmkm, ya sahabatku,pos kali ni, saya nak tulis pasal fadhilat2 puasa D bulan Ramadhan.Sblm saya mula,saya nak tanya kpd kamu, adakah puasa anda penuh thn lepas?adakah anda brpuas hati ngan amalan2 yg anda lakukn pd bulan Ramadhan lps?Jwpn trletak pd diri anda masing2.pos kali ni mmg patut dbaca & jgn lpskn peluang utk mbaca pos ni krna pos ni penting anda berpuasa lbh baik serta lebih bermotivasi.esok Hari kemerdekaan yg ke 51,

lusa pula kita mnyambut kdatangan Bulan Ramadhan.lepas je sambut Hari Kemerdekaan balik rumah brsiap sprt masak&sbgainye utk bersahur..ha itu je..sblm tibanye Ramadhan kite kene azam trlebuh dahulu "bulan puasa thn ni saya berazam puasa lebih baik drpd thn lps" ha itu yg kite azamkn.Kite lihat puasa D bulan Ramdhan ni pahala amalan dilipat ganda oleh Allah swt,kmudian pengampunan & sbgainye..kat bawah ni adalah amalan/ adab berpuasa di bulan ini.Sblm itu saya nak tuliskan apa2 yg patut saya tulis berkaitan fadhilat2 puasa.

dalam bulan puasa ni, bnyak keistimewaan2nya,antaranya:

1.Adanya lailatulqadar, iaitu mlm lebih baik dr 1000 bulan yg berlaku pd 10 mlm terakhir pd bulan Ramadhan.

2.pd bulan ni, kita dpt menahan diri kita drpd makan & minum serta perkara2 yg membatalkan puasa dan juga menahan diri kita drpd melakukan perkara yg tdk baik.
membuang tubuh badan kita drpd kotoran sprt toksik dll.Bagaimana?dari waktu imsak hingga maghrib, kite kene jaga diri kita drpd makan & minum.Sementara itu tubuh badan kita perlu berehat, jd badan kita perlu membuang bende2 kotor.

3.dalam bulan ni, berlakunya penurunan Al-Quran

4.pd masa dulu, bulan ni berlakunya peperangan...sy tak ingat peperangan ape..sy baca dr papan kenyataan kat sekolah.

Dalam bulan puasa ni, sbnarnya tidak menghalang kita untuk belajar.Bulan ni menguji kita supaya tabah & sabar.Dalam puasa ni ada masanya utk kita belajar, bertadarus, berzikir & sbgainya perkara2 yg baikla.Setiap hari dalam bulan ni ada masa2 yg ada utk belajar sprt selepas sahur,slps balik dr sekolah,slps tarawih.

Di sini , saya akan menerangkan skit masa2 yg terluang utk belajar.Pertama,Slps sahur; Slps sahur je isi masa yg ade utk baca buku pelajaran,klau tak nak belajar bacalah Al-Quran ke...sebelum menunaikan solat fardhu Subuh.Kita kene rancang dr awal slps sahur nak buat ape ketika itu.Sblm tiba waktu solat subuh..kan ade waktu imsak...ha waktu ni adalah waktu nya kita berhenti sahur.Slps je sahur, isilah masa yg ade 2.

seterusnya slps balik dr sekolah,buat ape yg ape yg brfaedah.Ikut pndpt saya semua sekolah di Malaysia tim waktu bulan puasa,waktu balik di awalkan .Jadi bnyak masa nak belajar.saya dcni balik dr sekolah pukul 2.30 lebih jadi bnyk masa nak lakukan bende baik.Kadang2 balik dr rumah tidur.Lps balik rumah boleh jg tidur utk menenangkan fikiran kita slps belajar kat sekolah....

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya & makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpmengurangi sedikitpun a pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].


sumber:http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=17&parent=06
.

catatan dtulis oleh undrsoodboy852 pd 30 Ogos 2008 brsamaan 28 Syaaban 1429H,jam 2231.ade komen/tmbh info klik pautan d bawah tajuk catatan nie

dan catatan ni ditambah pd 9 September 2008,bersamaan 9 Ramadhan 1429H,pd jam 1621

0 comment(s):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016