My Chatbox

Friday 19 September 2008

"Jangan guna duit untuk perkara2 tak berfaedah....tak baik tau"

Aslmkm,ya sahabatku & siapa2 shj yg mengenali diri ni,

catatan kali ni pulak saya nak tulis tentang 'apa yg mereka buat dengan duit2 ni pada masa kini'.ha...bila anda baca tajuk catatan ni mesti nak teruskan utk membaca catatan ni,btul tak?
Catatan yg saya tulis ni tujuannya nak memberi pandangan & motivasi kpd kamu semua.


Kita tngoklah skrg ni, ada beberapa orang bila nampak duit je "...ha.banyaknye...ni bagus ni,bleh la pegi shopping.." astaghfirullah al'azim, apa la mereka ni.bila nampak duit je..ha mulala.Padahal duit ade kegunaannye utk kita.



pada pendapat saya, pada masa kini,mereka(bukan nak tuduh sapa2lah) mcm2 cara yg dilakukan dengan duit,seperti nak tambah kredit, beli alat permainan canggih, beli tiket konsert & sebagainya.


Baru2ni saya telah melihat iklan konsert artis kat televisyen,yg mana iklan 2 nak btau kpd peminat2 artis sapa nak menghadiri konsert artis tersebut, klau nak datang konsert 2 kene beli tiket berharga RM50 setiap satu(klau x silap sayala) dah la harga tiket mahal,RM50 tu nak buat apa sebenarnya ade kebaikan ke atau tak?klau anda fikir tak ade kebaikan ,jangan la beli,sepanjang konsert tu RM50 tu kita dapat ape ,sekadar menyaksikan artis menyanyi sahaja.Lebih baik pegi ke Konsert amal ke sambil2 tu menderma, ataupun ke konsert nasyid ke kan bagus begitu.


Klau kita pegi ke konsert nasyid tu jan pegi saja2,kenela hayati lirik lagu yg disampaikan oleh artis nasyid tu.
Selain tu, duit juga digunakan utk mendapatkan maklumat mengenai horoskop, berita artis dsb.Utk mendapatkan maklumat tu, pengguna kene melanggan perkhidmatan melalui SMS.Sekarang ni bnyk iklan2 perkhidmatan SMS(lebih kurangla) yg keluar dr televisyen supaya pengguna2 telefon bimbit dpt maklumat2 tu.Klau kita tengok iklan2 tu kat tv,janganla tengok iklan tu slps tu ambil telefon mula melanggan.Sepatutnya kita lihat la iklan tu memberi kita maklumat yg berfaedah atau tdk.klau maklumat tdk brfaedah kpd diri kita biarkanla,klau berfaedah kpd kita, brgantung kpd kitala sama ada nak melanggan atau tdk.Sekarang ni ada perkhidmatan melalui SMS yg menawarkan kpd kita utk mndapatkan maklumat berfaedah cthnya info Ramadhan, Info Hadis dsb(klau ada).Jadi fikir sebelum buat.


Tambahan pula,duit juga digunakan utk beli majalah,buku dll.Di kedai macam jenis buku2, majalah2 yg ada,ade yg memberi menfaat kpd kita ada yg tak dan ada yg 50/50(mksud saya separuh memberi menfaat kpd kita & sebaliknya) Saya lihat skrg ni ada segelintir org yg membeli majalah yg kurang menfaat dari pandangan mata saya, .saya lihat la tak sedap hati saya tahu prkara ni,saya mnta maafla klau saudara saudari trsentuh bila saya menulis perkataan ni.ok kita beralih balik tadi.


Sebelum beli buku atau majalah fikir2 dulu "majalah/buku tu memberi kebaikan pada saya ke tak" ,ha....fikir dulu....fikir dulu.,Jangan pula beli majalah x bermenfaat kat kita smpai mrosakkan akhlak kita, baharu lah menyesal btul tak?Sbnarnya saya tak nak tulis panjang berjela-jela.
Itu shj dari saya.Pada pendapat saya catatan/post nie saya rasa yg terbaik dari catatan/post yg lain dalam blog nie.Jika ada komen ke apa....bagi je lah

Catatan/post ditulis pada 19 September 08 = 19 Ramadhan 1429H & ditambah pada 23 Ramadhan 1429H = 23 September 08 pukul 3.49 ptg....

0 comment(s):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016