My Chatbox

Tuesday 28 April 2009

Bagaimana Hukuman Hudud Dijalankan....?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt....

pada hari ni akue nak bagi tazkirah sikit dengan kata lain bagi info kpd kamu semua tentang hukum hudud ini....

pada minggu lepas, aku diamanahkan oleh seorang Ustaz utk memberi akue bentang tentang 'Hudud' , subjek Feqah....

di situ lah terdetik hati akue nak pos tentang perkara ni....

Kita sebagai umat Islam patut tahu tentang hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah swt....

ok....aku mulakan yer....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MAKSUD HUDUD

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa

3. Menjaga akal fikiran

4. Menjaga keturunan

5. Menjaga harta benda,

ZINA

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Zina muhsan bermaksud pesalah yg dituduh zina itu sudah bernikah. manakala zina bukan muhsan bermaksud pesalah yg dituduh zina itu belum berkahwin. Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”

QAZAF

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4

ARAK(KHAMAR)

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”

MENCURI(SARIQAH)

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

(Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/tujuan.htm)

Tuesday 21 April 2009

::Tayangan Nasyid Variasi F5::

assalamualaikum wbt. kuucapkan kpd sahabat2 ku & para pelawat....


hari ni akue nak tunjukkan kamu 3 video(yg bersambung) 3 dalam 1(3-in-1) dalam pos ni....

video ni akue ambil ketika aku hadir ke Hari Takrim'08(Anugerah Kecermelangan) di sekolah akue....

sepanjang tu............eh aku tak nak cerita panjang-panjang lah, malas nak cerita,
aku rakam nasyid ni ketika hari tu....

Semoga terhibur!!!!


Maaf Visual & Audio kurang memuaskan....harap maaf.!!..Video ni tujuannya utk mengingati kembali kenangan (memori) sahaja....



Harap bagi komen tau....















Friday 17 April 2009

ahhhh tenang hati akue, terima kasih wahai sahabat setiaku....

assalamualaikum wbt kuucapkn....

--- ------------- ------------------ ------------------- ----------

PERINGATAN:
Pos ni tak sama sekali d'baca oleh kwn2 skolah akue yg d'sebut oleh kwn2 lain d skolah akue 'skema' dan bbrapa kwn yg tak disenangi oleh p'nulis blog ini.Harap sapa yg b'kenaan d'harap jangan baca pos ini kerana tidak d'senangi oleh p'nulis blog ini,Bukan utk b'niat tak baik kpd sesiapa, ini adalah dari luahan hati p'nulis blog ni.P'nulis blog ni ada perasaan jugak. Pos ini boleh d'baca oleh pelawat lain, sahabat biasa,kwn disenangi oleh p'nulis blog ini & sahabat setia p'nulis blog ini,


-------------------------------------------------------------------------------------------------


hari ni macam2 perkara aku fikirkan, itu ini itu ini....hye...macam2 ragam la....

ada satu perkara ni bila aku tau, aaahh ye emosi akue tergganggu....

& slps tu macam2 lah...

mula lah dr situ akuu mencari ketenangan dngn mengingati sahabat setiaku....lepas balik skolah, aku nak terus balik rumah....itu yg aku fikirkan sbgai cara utk menenangkan fikiran akue..

nasib aaar ada member yg setia ada dlm talian, tiba2 dia on9 nama nya Hijaya Cassopiea(bukan nama sebenar) aku knal la....ha disitu la aku nak teringin bertanya khabar dll....tp dia dah comunicate aku lak...tak pa lah..aku knal ..nasib baik...aku tnya macam mana member2 sana, & menceritakan masalah....

walau apa pun terima kasih sama2 ya....kerana sudi mengingati sahabat ini...aku anggap dia sbgai sahabat setia aku....

ahhh dah reda rasa tertekan aku.....:D

Friday 10 April 2009

tak bertajuk tapi inilah luahan hatiku....


assalamualaikum wbt kuucapkan....


aku tak tau tajuk apa nak bagi kat pos ni....yang penting ni luahan hatiku la....


hmmmm..bila aku tengok gambar ni....bila lah aku nak pegi ke tempat ni, indah jugak aku tengok boleh la ingat balik kenangan2ku berada disana...


lagi pun, boleh aku hilangkan rasa tertekan dalam diri ini....


macam-macam kenangan aku bila aku tengok gambar ni, pertama aku dapat ingat aku & kawan-kawan aku masuk ke bengkel Kemahiran Hidup & belajar sama-sama, & juga aku dapat melakukan kerja bersama kawan-kawan aku....


selain itu, aku ingat balik tempat aku & kawan2 aku beli makan & minum di sebelah bengkel tu ketika bulan puasa...., ayam panggang, serunding ikan, & macam2 lagi, tapi kenangan tu tak ku rasa lagi sekarang....


walaupun korang baca ayat-ayat diatas ni korang tergelak(kalau ada), tapi korang tak faham apa yang aku rasai dalam hati ini....


& dalam dewan besar(sudut bawah & kanan gmbr) aku teringat pulak aku & kawan-kawan aku bermain badminton, sepak takraw, & congkak selepas tamatnya peperiksaan besar menengah rendah....& aku teringat lagi ketika kem pembelajaran bulan 8 di dewan ni....aku bincang sama-sama tentang ilmu pelajaran, makan-maka....dsb(kenangan2 lain ygku x ingat sngt).


mungkin aku tambah sedikit luahan hatiku lagi disini....setakat itu sahaja....


Sunday 5 April 2009

Indeks Senarai Jenama-Jenama & Syarikat Boikot

assalamualaikum wbt kuucapkan kepada para pelawat....

hari ni aku nak pos pasal benda2 panas nieh!!!!
hari ni aku nak btau korg jenama2, syarikat2 yang diboikot.....

sebenarnya niat aku nak senaraikan lebih banyak lagi jenama2 & syarikat yang DIBOIKOT!!!! selain yang kita ketahui sebelum ni....senarai2 jenama2 & syarikat2 BOIKOT yg korang tau tu bukan tu jer...ada lagi....

tempoh hari aku pergi ke surau tuk solat....lepas solat tu....aku keluar dr surau tiba2aku ternampak senarai jenama2 & syarikat2 YANG DIBOIKOT...aku tengok banyak giler senarai....lebih banyak dari yang aku tengok senarai sebelum ni....yang aku tengok senarai sebelum ni banyak gak....tapi kali ni lebih banyak lagi...

dah aku baca senarai2 tu....aku tengok kat sumber maklumat tu...sumber tu alamatnya ialah
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

hah...kali ni aku nak letak link2 berkaitan perkara tu....

http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php#companies
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

aku harap korang btau orang len ok...sebarkan!!!!


  • L'Oreal
    Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson

  • Marks & Spencer
    M&S, St.Michaels

  • McDonald's
  • Motorola

  • Nestle
    Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby's, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food, L'Oréal

  • News Corporation
    TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

  • Nokia
  • Revlon
    New World Entertainment, Forbes
  • Sara Lee
    Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox

  • Siemens

  • Selfridges

  • Starbucks
    Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

Thursday 2 April 2009

Selamat Hari Lahirku yg ke-17,tapi aku tak bangga sangat aar

Assalamualaikum wbt kuucapkan kepada sahabatku & para pelawat....


hari ni....hari yang menggembirakan bagi aku, awal pagi rasa gembira, tak gembira sangat la...
aku tak nak nak beritau jelas-jelas....lain-lain perasaan keluar, astaghfirullah 'alazim..


hari ni (2 Apr '09 bersamaan 6 Jamadilakhir 1430H, hari khamis) merupakan hari kelahiran ke-17....tapi aku tak bangga sangat dengan hari jadi ni....aku malas nak raikan hari jadi aku....hehehehe....walaubagaimanapun hari tersebut aku sanggup berpuasa sunat....mula-mula nak rancang tak nak puasa pada hari tersebut, tapi diakhir rancangan, aku merancang nak puasa sunat..


oleh itu, aku bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluangku....astaghfirulah 'alazim takut lak nak sebut....& aku harap dimurahkan rezeki & diberkati hidup.


hari jadi sendiri ingat!! Maulid Nabi Muhd SAW ingat ker?mestilah aku ingat....sebab tu aku malas & tak nak raikan hari jadi aku, kalau nak raikan boleh jugak, tapi ada hadnya & jangan melampau-melampau....


sebelum tibanya hari tersebut, aku nantikan sesuatu dari persekitaranku, tapi apa yangku fikirkan masalah itu ini itu ini yang berselisih & berkait masalah sana sini dalam hidupku sebelum tibanya hari itu....tak tau nak kata apa....sabar je lah yer


bila tibanya hari lahirku, aku mula mengubah diriku menjadi baik.....& di situ lah aku fikir mana kesilapan ku,tetapi belum tentu lagi aku menjadi lebih baik di hari kemudian, itu lah yang aku fikirkan....rasa rugi pulak kalau tak buat perubahan bila hari yg istimewa buat diri sendiri


aduh....dah la berumur 17 tahun....semakin hari,semakin mendekati maut. Dalam Al-Quran sendiri sudah dinyatakan bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati,Astaghfirullah 'alazim............sebab itu lah aku tak nak besar-besarkan hari lahir.


apa lagi yangku rasai ialah yang aku ni nak masuk alam awal dewasa. tambahan pula, aku sebagai abang senior di sekolah, jadi aku patut mendidik mereka..& aku merasai bahawa di situ lah aku menentukan masa depan, mula lah nak fikir nak masuk mana selepas SPM....


itu sahaja yang aku cakapkan,aku malas nak cerita tentang bagaimanaku ketika hari tersebut....aku tau bagaimana suasana hidupku ketika hari tersebut....

setakat itu sahaja yangku ucapkan....

apa2 komen,ucapan buatku dipersilakan....

assalamualaikum............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016