My Chatbox

Tuesday 31 March 2009

berita baek kat skolah akue




Assalamualaikum wbt kuucapkan kpd sahabat2ku....


Hari ni ana dapat link imej dari
Shoutmix ana.... mula2 ana ingat link imej yang pic pasal Muslimah yg ana letak kat pos sblm ni....

rupa2nya...imej ini(seperti diatas)


hmmmm....ana baca pa yg kat imej tu ana tau da....

ni mesti Bulan Ta'dib....pa2 lah slps tu kat Al-Amin tu....hehehe

itu jer assalamualaikum...
.

Monday 30 March 2009

Pengakuan Kaum Adam(Lelaki) Terhadap Kaum Hawa(Wanita)




Assalamualaikum wbt.....kpd sahabat2ku & para pelawat....


pos pasal ni aku dapat dari laman blog kawan aku jadi aku copy & paste lah....

sila baca yer....nanti aku edit bahagian ini kerana tak cukup masa....



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kami sulit menahan pandangan mata kami

ketika melihat kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal,

kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,

kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian

dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian

dengan kerudung yang membentang.



Kami sulit menahan pendengaran kami

ketika berbicara dengan kalian,

apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah

suara yang merdu dengan irama yang mendayu

kerana itu tegaskanlah suara kalian

tatkala berbicara di berhadapan dengan kami

dan berbicaralah seperlunya sahaja.



Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,

ketika kalian dapat menjadi

tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,

waktu luang kami kadangkala akan sering terisi

oleh bayangan-bayangan kalian,

kerana itu janganlah kalian membiarkan kami

menjadi curahan hati bagi kalian



Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,

kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,

hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.



Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,

maka jagalah amanah itu

jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu

akan kelemahan hati kami ini,

hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,

kalian akan menjadi halal bagi kami..



"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..

YA Rabb, ampunilah daku.

Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,

untuk iman yang tak dipelihara,

lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,

kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,

Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti

menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...Amin"



Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tuesday 24 March 2009

Earth Hour....apa tu?








Assalamualaikum wbt kuucapkan kpd sahabat2ku & para pelawat....


seperti yangku cakapkan pos sblm ni, bahawa aku akan pos tentang Earth Hour ni...
.

ok..selepasku layari laman web Earth Hour & laman web berkaitanya....aku dapat tahu apa Earth Hour yg sebenar, bagaimana nak menyokongnya dll....


hah..kini aku nak tulis apa yang aku faham tentang tu...
.

semua yang aku kata tu datang dari perkataanku....& info2 yang aku tahu tu semua aku keluarkan dari mulutku..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Earth Hour tu diadakan untuk mengundi untuk dunia atau "menyokong demi menyelamatkan planet bumi kita dari pemanasan global" hah tu ayat aku....apa yg aku faham dari maksud itu....


Earth Hour itu diadakan bermula di Sydney, Australia pada pukul 8.30-9.30mlm(waktu Malaysia). Dirai serentak di 84 negara, 2848 bandar(sumber Earth Hour).


Earth Hour tujuannya mengundi untuk bumi dengan menutup suis. Maksudnya pada pukul 8.30mlm mula menutup suis yang bermaksud kita menentang pemanasan global.Jika kita tidak menutup lampu bermaksud kita tidak menentang pemanasan global(sumber Earth Hour)


Earth Hour ni diraikan oleh semua negara yang terlibat...."tengok bilangan negara 84 jer macam bukan semua negara kot...negara yang dirai mungkin ada sebab kot"itu ayat aku....




ia dirai tak kira bangsa, semua peringkat umur & latar belakang ada kesempatan untuk menggunakan suis sebagai undi..


ia diadakan oleh pihak-pihak & badan-badan tertentu....di sana. Aku dah baca apa badan-badan & pihak-pihak yang mengdakannya....rujuk laman web Earth Hour kalau ada bnyk masa..


ia diadakan bukan saja-saja yer....ia buat untuk tujuan yang baik...tujuannya utk kebaikan kita jgak...klik pautan ini


Earth Hour ni kita boleh tunjukan sokongan pelbagai cara seperti seperti memuat turun wallpaper
komputer, meletak banner di blog/laman web sendiri, mencetak poster & sebagainya >>(Support Earth Hour)

Jadi,marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk masa depan kita di planet ini..UNDI UNTUK BUMI!!!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hah..itu sahaja nak aku cakapkan jer aku tak nak cakap bnyk2 aar.. maaflah sebab kadang2 aku bagi link Earth Hour takut2 kesuntukan masa,kdng2 mencuri masa korang nak layari laman web Earth Hour...Aku nak nasihatkan lah klau nk layari web ni atau layari perkara2 lain, pastikan korg tak ada keje lan yg lebih penting drpd melayari internet sprt belajar, keje yg nak hantar sok...dsb




Assalamualaikum....

Monday 23 March 2009

Video Earth Hour 2009

Assalamualaikum,wbt kpd sahabat2ku & para pelawat,

disini aku nak tunjukkan 2 video berkaitan 'Earth Hour 2009'
hah..korg tau kan Earth Hour ni apa?
mestilah korg tau kan...tengok iklan tentang benda ni di TV....

Insyallah,kemungkinan besar aku akan pos kan tentang prkara ini slps aku baca maklumat2 atau info2 berkaitan 'Earth Hour' ni



Friday 13 March 2009

Berita: "PPSMI tak jejas pencapaian pelajar SPM"



PUTRAJAYA: Seramai 6,277 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat 24.05 peratus berbanding 5,060 pada 2007.


Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.


Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.


Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.



Seramai 442,936 calon menduduki SPM tahun lalu, yang menjadi kumpulan kedua mengikuti PPSMI sejak Tingkatan Satu pada 2003.


Alimuddin berkata, calon yang memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran juga meningkat, iaitu seramai 1,676 orang berbanding 892 pada tahun sebelumnya.


Tiga calon mendapat keputusan 1A dalam semua 16 subjek diduduki; 15 mata pelajaran (dua); 14 mata pelajaran (enam); 13 mata pelajaran (41); 12 mata pelajaran (229); 11 mata pelajaran (610); 10 mata pelajaran (614) dan sembilan mata pelajaran (171).


Seramai 10,080 calon pula berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan 5,909 (8A).


Beliau berkata, 181,416 calon atau 46.7 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 175,452 calon pada 2007.


"Seramai 208 atau 47.8 peratus daripada 435 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan pula berjaya mendapat sijil SPM berbanding 189 pada tahun sebelumnya.


"Seorang calon rabun dari Sekolah Menengah Sains Keluang, Johor, Mohamad Shafiq Sahdon berjaya memperoleh 12 1A manakala calon pekak dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Agilan Narayanan mendapat 11 1A," katanya.


Mengenai calon yang menjawab kertas soalan subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (BI), beliau berkata ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan.


Seramai 45,662 calon menjawab kertas soalan Matematik 1 dalam BI sepenuhnya, berbanding 44,207 dalam Bahasa Melayu (BM) dan 55,550 menggunakan kedua-dua bahasa, manakala bagi Matematik 2, 227,720 menjawab soalan dalam BI sepenuhnya berbanding 86,463 dalam BM dan 41, 630 dalam dwibahasa. Bagi Sains Kertas 1, 41,078 calon menjawab dalam BI, 16,557 (BM), 47,156 (dwibahasa); Sains Kertas 2, 36,855 (BI), 130,725 (BM), 36,041 (dwibahasa); Kimia Kertas 1 (4,347 (BI), 29,833 (BM), 25,367 (dwibahasa); Kimia Kertas 2, 90,669 (BI), 12,589 (BM), 23,907 (dwibahasa) dan Kimia Kertas 3, 79,920 (BI), 12,592 (BM), 11,551 (dwibahasa).


Mengenai penurunan prestasi mata pelajaran teras BI, Alimudin berkata, jumlahnya kecil serta tidak ketara.


"Kita sudah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan guru, antaranya mengikuti kursus dan latihan termasuk ke Pusat Bahasa Serantau (RELC), Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (Seameo) di Singapura," katanya.


Beliau turut mengumumkan 3,098 daripada 6,240 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sijil dengan pangkat lulus (maqbul) berbanding 3,341 calon pada tahun sebelumnya.


STAM ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran dan menggunakan sepenuhnya bahasa Arab sebagai pengantar peperiksaan.







Sumber Berita: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090312222938/Article

Friday 6 March 2009

Pengalamanku bertanding dalam 'World Maths Day '09'


Assalamualaikum wbt....kepada kawan2ku & para pelawat....

Hari ni aku nak tulis pasal..pengalamanku bertanding dalam World Maths Day ’09..tah ape nama pertandingan tu....

..hah korang dah ke buka laman web ‘World Maths Day’ tu....tapi pertandingan tu dah habis da..ia berakhir pada 5hb Mac ’09 jam 7 malam....maaflah sebab tempoh ni aku sibuk dengan Karnival Sukan di sekolah aku.

..bagi yang dah layari tu....tak apa lah...klau yang dah menyertai tu..Tahniahlah aku ucapkan sebab menyertainya!!..bagi yang belum tu,ada peluang tahun depan..klau nak sertai tu pun..kene lah pandai2 rancang masa utk bertanding dan merancang untuk bELaJaR!!....hah takut2 abai pulak pelajaran..lagi2 yang menghadapi peperiksaan besar...Ok..Ok dah lah lebih-lebih pulak aku....

Ok..sepanjang pertandingan tu bermula, ada macam-macam perasaan yangku alami..ada yang gembira..ada yang tertekan....hah nak tau kenapa aku tertekan ketikaku bertanding?nanti aku beritahu korang..ok kejap pertandingan tu bermula jam 7 malam,3 Mac & berakhir pada 7 malam 5 Mac..2 hari pertandingan tu..tapi aku bukan guna semua masa tu nak bertanding dengan orang lain seluruh dunia..setiap permainan yang bertanding ada 4 orang yang bertanding termasuk kita yang bertanding....

Pertandingan tu macam-macam negara yang aku bertanding, contohnya Malaysia,British, Amerika Syarikat, Australia, China & lain-lain lagi....yang kerap aku lawan adalah negara British..tah kenapa?..mungkin ramai pelajar-pelajar sana yang bertanding kot..

..Malaysia pun ada..ada satu pelajar ni dari Malaysia memang powerlah..dia jawap 31 soalan dalam masa 60 saat..agaknya dia jawap setiap soalan dalam masa 2 saat jer..memang powerlah ..nak tengok soalan lagi lepas tu nak kira lagi..nak taip diatas keyboard lagi.. adui...budak yang main tu dari SMKA Maahad Hamidiah..”eh sekolah tu join pertandingan tu di peringkat sekolah ke??”tanya aku ketika tu aku bertanding dengannya... paling maksimum aku jawap sepanjang pertandingan tu aku boleh jawap 26 soalan sahaja dalam masa 60 saat....

Ok...ketika bertanding tu ada perasaan tertekan & ada yang gembira....ketika aku tertekan bila aku nak jawap soalan tu tiba2 tertekan no. yang lain pulak, sebab lain pulak..aku jawap dengan salah..selepas tu..aku tidak dapat menewaskan pelajar di luar negara yang tengah bersaing sengit utk merebut siapa tempat pertama dalam permainan tu & aku tidak dapat menewaskan pelajar Maahad Hamidiah....pelajar perempuan lagi tu....aduh....

..yang aku gembira ketika pertandingan tu..yang mana aku dapat menewaskan pelajar lain dalam permainan tu, selepas tu aku dapat menewaskan satu atau dua pelajar walaupun pada awal permainan dia lebih jauh dari aku..tiba-tiba diakhir permainan aku dapat menewaskan mereka....hahaha..AKU BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!

..ok aku tak nak cerita panjang-panjang pulak..nanti membebankan aku pulak..Ok..pada 5 Mac tu merupakan hari terakhir utk brtanding..hari tu aku dapat bertanding pada awal pagi dan lewat petang..pukul 6 lebih..pada masa yang sama...ada pulak latihan perbarisan rumah hijau...aduh..aku nak bertanding lagi....aduh tapi aku dapat bertanding jugak pada pukul 6 ptg tu sampai bertandingan tu ditamatkan...

Selepas pertandingan tu ditamatkan, laman web ‘World Maths Day ‘09’ memaparkan markah aku statistik aku spanjang pertandingan tu.....ok ni lah markah aku



J u m l a h s o a l a n d i j a w a p d e n g a n b e t u l: 2240 soalan
M a k s i m u m j a w a p a n d i j a w a p d a l a m m a s a 6 0 s a a t: 26
K e t e p a t a n/k e c e k a p a n: 93.57%
J u m l a h p e r m a i n a n d i m a i n : 122 permainan




Hah itulah statistik dan markah aku....
Hah kalau korang ada sertai pertandingan tu.... boleh beritahu(di ruang komen blog) berapa & katagori permainan (sekolah/persendirian) boleh lah kongsi sikit kat ....hehehe.. kalau sibuk savekan alamat blog ni nanti masuk kemudian

Hmm...sekolah Al-Amin yang menyertai pertandingan tu adalah teng..,nik e.a. dan aku.....itu jer yang aku tau....yang lain-lain mungkin ada ikut...tak tahu la....kalau ada lagi yang ikut..kalau boleh beritahu lah(di ruang komen blog)...kalau sibuk savekan alamat blog ni nanti masuk kemudian...........

Ha....itu sahaja yang aku ceritakan....jika ada sebarang komen....beri je lah

Assalamulaikum wbt...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016