My Chatbox

Friday 19 September 2008

"Jangan guna duit untuk perkara2 tak berfaedah....tak baik tau"

Aslmkm,ya sahabatku & siapa2 shj yg mengenali diri ni,

catatan kali ni pulak saya nak tulis tentang 'apa yg mereka buat dengan duit2 ni pada masa kini'.ha...bila anda baca tajuk catatan ni mesti nak teruskan utk membaca catatan ni,btul tak?
Catatan yg saya tulis ni tujuannya nak memberi pandangan & motivasi kpd kamu semua.


Kita tngoklah skrg ni, ada beberapa orang bila nampak duit je "...ha.banyaknye...ni bagus ni,bleh la pegi shopping.." astaghfirullah al'azim, apa la mereka ni.bila nampak duit je..ha mulala.Padahal duit ade kegunaannye utk kita.



pada pendapat saya, pada masa kini,mereka(bukan nak tuduh sapa2lah) mcm2 cara yg dilakukan dengan duit,seperti nak tambah kredit, beli alat permainan canggih, beli tiket konsert & sebagainya.


Baru2ni saya telah melihat iklan konsert artis kat televisyen,yg mana iklan 2 nak btau kpd peminat2 artis sapa nak menghadiri konsert artis tersebut, klau nak datang konsert 2 kene beli tiket berharga RM50 setiap satu(klau x silap sayala) dah la harga tiket mahal,RM50 tu nak buat apa sebenarnya ade kebaikan ke atau tak?klau anda fikir tak ade kebaikan ,jangan la beli,sepanjang konsert tu RM50 tu kita dapat ape ,sekadar menyaksikan artis menyanyi sahaja.Lebih baik pegi ke Konsert amal ke sambil2 tu menderma, ataupun ke konsert nasyid ke kan bagus begitu.


Klau kita pegi ke konsert nasyid tu jan pegi saja2,kenela hayati lirik lagu yg disampaikan oleh artis nasyid tu.
Selain tu, duit juga digunakan utk mendapatkan maklumat mengenai horoskop, berita artis dsb.Utk mendapatkan maklumat tu, pengguna kene melanggan perkhidmatan melalui SMS.Sekarang ni bnyk iklan2 perkhidmatan SMS(lebih kurangla) yg keluar dr televisyen supaya pengguna2 telefon bimbit dpt maklumat2 tu.Klau kita tengok iklan2 tu kat tv,janganla tengok iklan tu slps tu ambil telefon mula melanggan.Sepatutnya kita lihat la iklan tu memberi kita maklumat yg berfaedah atau tdk.klau maklumat tdk brfaedah kpd diri kita biarkanla,klau berfaedah kpd kita, brgantung kpd kitala sama ada nak melanggan atau tdk.Sekarang ni ada perkhidmatan melalui SMS yg menawarkan kpd kita utk mndapatkan maklumat berfaedah cthnya info Ramadhan, Info Hadis dsb(klau ada).Jadi fikir sebelum buat.


Tambahan pula,duit juga digunakan utk beli majalah,buku dll.Di kedai macam jenis buku2, majalah2 yg ada,ade yg memberi menfaat kpd kita ada yg tak dan ada yg 50/50(mksud saya separuh memberi menfaat kpd kita & sebaliknya) Saya lihat skrg ni ada segelintir org yg membeli majalah yg kurang menfaat dari pandangan mata saya, .saya lihat la tak sedap hati saya tahu prkara ni,saya mnta maafla klau saudara saudari trsentuh bila saya menulis perkataan ni.ok kita beralih balik tadi.


Sebelum beli buku atau majalah fikir2 dulu "majalah/buku tu memberi kebaikan pada saya ke tak" ,ha....fikir dulu....fikir dulu.,Jangan pula beli majalah x bermenfaat kat kita smpai mrosakkan akhlak kita, baharu lah menyesal btul tak?Sbnarnya saya tak nak tulis panjang berjela-jela.
Itu shj dari saya.Pada pendapat saya catatan/post nie saya rasa yg terbaik dari catatan/post yg lain dalam blog nie.Jika ada komen ke apa....bagi je lah

Catatan/post ditulis pada 19 September 08 = 19 Ramadhan 1429H & ditambah pada 23 Ramadhan 1429H = 23 September 08 pukul 3.49 ptg....

Sunday 14 September 2008

Tips2 Belajar Berkumpulan

Aslmlmkm, ya sahabatku & kpd yg mengenali diri ni,

catatan kali ni nak tulis pasal Tips2 Belajar Berkumpulan.Ha...sy nak tanya pernahkah anda belajar ngan kwn2 secara berkumpulan?Saya rasa kamu skalian pernah belajar berkumpulan.catatan ni nak tulis tentang syarat2 utk belajar brkumpulan dngn berkesan.Saya nak mulakn catatan ni...


Manusia adalah makhluk yg perlu sentiasa brinteraksi bg mncapai matlamat & cita2.Oleh tu,kita kene mnggalakn dirikita utk belajar berkmpulan.Hal ni, kerana belajar brkmpulan bnyk kebaikannya.Cara belajar kmpulan tlh trbukti membuahkn sesuatu positif kpd stp ahli kmpulan.Di bawah ni adalah tips2 belajar brkmpulan:

Menentukan Saiz Kumpulan:
1.Utk mendapatkan satu kump. yg efektif 4 org adalah sesuai utk sesi perbincangan dlm kump.
2.Jumlah yg trlalu ramai selalunya menjadikan kump. ini sukar melaksanakan program2 yg dirancang.
3.kebiasaannya jumlah yang ramai akan mendedahkan ahli utk memperkatakan sesuatu di luar topik perbincangan.
4.Dengan jumlah 4 org akan memudahkan pengurusan kumpulan terutamanya semasa sesi perbincangan.

Sediakan topik perbincangan
1.Perkara penting utk memulakan perbincangan adalah:
a)Tajuk yg dipilih ditentukan sblm perbincangan
b)Semasa sesi pembentangan semua ahli hndaklah serius & benar2 mengikuti topik dibentangkan.Slps topik selesai dibentangkan ,semua ahli seharusnya dpt menguasai keseluruhan topik tersebut.

Bincangkan tajuk dengan terperinci
1.Dengan setiap ahli memahami topik yg telah dibentangkan, sesi soal jawap hendaklah dikendalikan dengan penuh perhatian.
2.Seboleh mungkin soalan yg dikemukakan hendaklah tertumpu kepada topik brkenaan.
3.Ahli yg ada maklumat tambahan,hendaklah mengemukakannya bagi menjadikan topik yg dibincangkan.

tentukan masa,tempat,tarikh utk buat prbincangan berkumpulan
1.Ahli kump. harus menyediakan jadual perbincangan dalam kump.mengikut kesesuaian ahli kump.
2.seboleh mungkin penentuan masa, tmpat, tarikh hendaklah atas persetujuan ahli kump.
3.kegagalan di peringkat awal,akan menjadikan kump. ini tidak akan menghasilkan sesuatu yg baik.

Tetapkan tempoh perbincangan
1.Jangan mengambil masa yg lama.Memadai selama 2-3 jam.
2.tetapkan sebanyak 3 topik dalam tempoh itu.jika tiada had subjek yg dibincangkan mungkin tidak dapat dikuasai.

Saling Berkerjasama antara ahli kumpulan
1.Jangan menyimpan rasa tidak senang hati.Hal ini boleh menjejaskan aktiviti perbincangan.
2.Rapatkan hubungan sahabat melalui kerjasama erat.

Kekalkan hubungan ahli kmpulan dengan rapat
1.Garapkan semangat berpasukan sebagai pendorong kejayaan.

Saling memberi dorongan
1.Boleh dijadikan sebagai faktor penggalak dalam kejayaan berkumpulana setakat tu ja catatan saya,catatan ni akan bersambung nanti,

Rujukan Tips:Siri Psiko-Sosial Keluarga Cemerlang @ ISM , Kaedah Berkesan Membantu Teknik Belajar Anak-Anak,Penulis oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzli Che Din,Terbitan 2007

Catatan ni ditulis oleh saya sndiri pd 14 September 2008,brsamaan 14 Ramadhan 1429H,jam 1134,jika ada komen sila klik pautan di bawah tajuk catatan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League 2016